Pada tanggal 29 Januari 2016 bersamaan 19 Rabiul Akhir 1437 H telah diadakan majlis watikah perlantikan Nuqaba' Sekolah Agama Menengah Rawang dan pelancaran mentor mentee bagi tahun 2016 yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Besar Umar Abdul Aziz.Majlis ini telah telah melibatkan semua guru dan pelajar SAMER.
Seperti kebiasaan setiap tahun,majlis ini wajib dilaksanakan bertujuan untuk melantik para Nuqaba' yang akan mengendalikan usrah dan pada tahun ini majlis ini telah digabungkan dengan perlantikan barisan AJK BADAR 2016.Para Nuqaba' dan AJK BADAR yang dilantik diberikan amanah untuk meningkatkan tarbiyah dan memperkasakan biah' solehah di kalangan warga SAMER bertepatan dengan matlamat sekolah iaitu SAMER bumi tarbiyah,di sini lahirnya ulama dan umarak.
Amanah yang digalas oleh para Nuqaba' bukannya sesuatu yang mudah kerana mereka harus memastikan usrah yang diadakan berjalan dengan lancar dan ahli-ahli usrah mendapat input yang ingin disampaikan oleh para Nuqaba'.Selain itu,para Nuqaba' juga perlu mempelbagaikan cara berusrah agar ahli-ahli usrah dapat merasai suasana usrah yang sebenar dan mampu memahami dan mendalami rukun usrah iaitu taaruf,tafahum dan takaful.Pihak sekolah juga pastinya mengharapkan pelajar SAMER mampu mencapai kriteria-kriteria yang digariskan di dalam modul Sahsiah Unggul Murid(SUMUR) iaitu mutadayyin,berbudi bahasa,penampilan diri dan jati diri.
Oleh itu semua pelajar khususnya badan kepimpinan pelajar seharusnya memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebagai pemimpin sebaik yang mungkin.Berdasarkan hadis daripada Rasulullah S.A.W
الا كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته....
Yang bermaksud ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinanmu dan orang yang kamu pimpin.
 |
Rai'n |
 |
Rai'yyatin |
 |
Bacaan ikrar diketuai oleh saudara Mutmain selaku Amir Badar 2016
|