Tuesday, December 8, 2015

INTRODUCTION

Salam Alaykum !

So ya. Apa yang kalian hendak tahu tentang Assaff? Ha, kami sudah klishe dengan soalan yang ramai kemukakan kepada kami. Terima kasih bagi yang menanyakan pelbagai soalan. Maka, entry pada kali ini kami akan menjawab satu persatu soalan-soalan kalian. 

  • Apa itu 'Assaff'? 

Assaff ialah sebuah organisasi yang melibatkan dalam merealisasikan penerbitan majalah sekolah. Untuk pengetahuan semua, Assaff adalah nama timbangan bagi Sidang Redaksi Sekolah.

  • Mengapa perlu adanya Majalah Sekolah?      
Majalah Sekolah ataupun dikenali sebagai Majalah Assaff ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-bila.

  • Mengapakah sidang redaksi sekolah menggunakan nama 'Assaff'?
Nama Assaff ini sudah lama ditubuhkan sejak mula-mula wujudnya majalah sekolah pada tahun kira-kira 1998. Nama Assaff ini telah diberi oleh bekas pelajar Samer pada ketika dahulu. Perkataan Assaff adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud 'Barisan'

Logo Lama Sidang Redaksi-Assaff

Logo Baru Sidang Redaksi- Assaff
  • Apakah tugas-tugas Ahli Assaff?
Tugas Assaff bukan sahaja hanya menerbit majalah semata-mata tetapi pelbagai tugas yang harus dilaksanakan seperti jurugambar, editor majalah, wartawan, editor grafik dan ahli jawatankuasa bagi bahagian masing-masing. 

  • Apakah pembaharuan yang akan dilakukan oleh Assaff ?
Insyaallah, menjelang wawasan 2020 sidang redaksi Sekolah Agama Menengah Rawang akan cuba sedaya upaya untuk membuat pembaharuan mengikut peredaran era kini. Antara pembaharuan yang akan dan telah dijalankan adalah seperti :

        1. Bergiat aktif mengadakan photobooth bagi setiap aktiviti yang diadakan di sekolah. 
        2. Penyewaan photobooth.
        3. Mewujudkan akaun instagram. Ig= @SRSAMER_
        4. Wujudnya blog Assaff.
        5. Menyiapkan majalah sekolah dengan lebih cepat.
        6. Meningkatkan kualiti bagi setiap gambar yang dirakam dan dicuci.
        7. Dan lain-lain lagi

Visit Our IG

Misi Kami;

SRAB! 
.
.
.
Apa yang dimaksudkan dengan SRAB pula? Baiklah, SRAB itu;

S= Sidang//R= Redaksi//A= Aktif//B= Bergaya

*Tujuan SRAB ini untuk Aktif dalam menjalankan organisasi kami ini dan Bergaya dalam mempersembahkan idea kami kepada orang ramai dengan harapan untuk memuaskan hati orang ramai.

Harapan Kami;

Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada generasi muda negara, sekaligus mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia.  

Wassalam, salam ukhuwah. 


3 comments:

Assalamualaikum .
Tinggalkan komen anda disini .
Terima kasih daun keladi .