Sunday, February 7, 2016

Pengisytiharan SMA 2015

Bekas calon Sijil Menengah Agama yakni pelajar Ukhuwah 29 baru sahaja menerima slip SMA bagi sesi 2015. Peperiksaan SMA di bawah unit Al-Azhar dan ianya merupakan peperiksaan terbesar bagi setiap pelajar tingkatan 4. Keputusan slip SMA diadakan pada hari Jumaat bertarikh 15 Januari 2016 pada jam 11:30 pagi bertempat di Dewan Besar Umar Abdul Aziz, DBUAA. Guru-guru yang terlibat ialah guru-guru SMA. Objektif yang dapat kita peroleh ialah untuk memberikan penghargaan kepada pelajar Ukhuwah 29 di dalam SMA. Pelajar yang paling tertinggi peratusnya ialah Durratu Wafa' binti Muhd Aufa sebanyak 95.3%. Selain itu, pelajar yang mendapat Jayyid Jiddan seramai 49 orang, pelajar yang mendapat Jayyid pula seramai 48 orang manakala 29 orang mendapat Makbul dan akhir sekali seramai 6 orang mendapat Rasib. Bukan itu sahaja, malah peningkatan bagi SMA juga telah menaik peratusnya berbanding tahun sebelumnya. Tahniah kepada pelajar Ukhuwah 29 atas usaha kalian.
Bacaan doa oleh Mutmain Ramlan
Pelajar Mumtaz
Durratu Wafa' adalah pelajar yang paling tinggi peratusnya dalam SMA 2015

Pelajar Jayyid Jiddan

Pelajar membuat sujud syukur seusai peisytiharan keputusan masing-masing

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum .
Tinggalkan komen anda disini .
Terima kasih daun keladi .