Sunday, January 24, 2016

OPSmart



Pada hari jumaat 15 Januari 2016, Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) telah mengadakan satu majlis untuk para pelajar iaitu OPSmart.

Majlis tersebut diadakan di Dataran Salman Al-Farisi. Semua guru dan pelajar adalah terlibat dalam majlis ini.Semua pelajar memakai pakaian rasmi sekolah.

Majlis tersebut diadakan adalah untuk melahirkan pelajar SAMER yang berpakaian kemas serta membentuk pelajar yang lebih berdisiplin.

Majlis ini adalah dibawah pengurusan Badan Kepimpinan Pengawas dan dibantu oleh Ketua Guru Disiplin, Ustaz Ridhwan.








Barisan Pengawas muslimat ketika acara ops smart sedang dijalankan

Tuan Pengetua ketika menandatangani perasmian Ops Smart

Guru-guru perempuan

Guru-guru lelaki



Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Pelajar



Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya merupakan nadi sekolah. Mereka merupakan murid-murid yang terpilih kerana akhlak dan keterampilan yang baik dan cemerlang. Secara am nya, mereka berperanan sebagai pembantu guru dan juga sebagai pemimpin dan contoh kepada pelajar-pelajar lain.

Justeru, Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan untuk mengiktiraf barisan kepimpinan pelajar. Majlis diadakan pada 21 Januari 2016, Jumaat bertempat di Dewan Besar Umar Abdul Aziz (DBUAA).

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin pada awal pagi, dan seterusnya dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis dan diikuti dengan slot pertama iaitu penyampaian watikah kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya yang disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Muhammad Noor bin Ismail, dan dipimpin oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zubaikah binti Muda.

Slot seterusnya pula ialah penyampaian watikah perlantikan kepada Ahli-ahli Jawatan Kuasa Sekolah seperti Sahabat Sekolah, SPBT, Dewan, Plasma,Kantin,Koperasi Sekolah( Koop ) dan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR ) Sekolah Agama Menengah Rawang.

Kemuncaknya, bacaan ikrar Badan Kepimpinan Pelajar yang diketuai oleh Ketua Umum Sekolah Agama Menengah Rawang, Shazani Azri bin Shaari. Tidak dilupa juga, bacaan ikrar yang melibatkan semua pelajar yang diketuai oleh Muhammad Hadi bin Hasnan.

Majlis berakhir dengan ucapan tuan pengetua, Tuan Hj Muhammad Noor bin Ismail. Dalam ucapnnya, beliau mengucapkan tahniah kepada badan kepimpinan pelajar dan menyatakan bahawa mereka perlulah saling bekerjasama dan menggunakan kelebihan diri mereka bagi menjayakan organisasi masing-masing.


Pengawas sekolah

Pembimbing Rakan Sebaya

Pengawas Pusat Sumber


Barisan Badan Kepimpinan Pengawas Sekolah Agama Menengah Rawang

Bacaan ikrar Badan Kepimpinan Pelajar (BKP)

Bacaan Ikrar semua pelajar

Ketua-ketua AJK Khas sekolah muslimat
Ketua-ketua AJK Khas sekolah muslimin