Majlis tersebut diadakan di Dewan Besar Umar Abdul Aziz (DBUAA). Semua guru, staff semua pelajar adalah terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Ketika beliau diminta untuk memberikan ucapan terakhir beliau, beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan melupakan segalanya di SAMER sepanjang 16 tahun beliau berkhidmat sebagai guru dan juga sebagai warden di Asrama SAMER.
Majlis telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada wakil guru, dan beberapa unit sekolah seperti unit Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya dan wakil dari beberapa buah kelas.
Harapan kami warga SAMER kepada Ustazah Noraini Jasman agar beliau dapat menjalankan tugas dengan baik di sekolah baru beliau.
sekian.
Detik-detik manis ustazah Noraini Jasman
![]() |
Hadiah daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan wakil Pembimbing Rakan Sebaya SAMER |
Cenderahati daripada Ustaz Riduan dan wakil Pengawas Sekolah
![]() |
Bersama Puan Zubaikah binti Muda.. GPK HEM baru SAMER |
![]() |
Ustazah Noraini Jasman ketika memberi ucapan beliau.. |
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum .
Tinggalkan komen anda disini .
Terima kasih daun keladi .