PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanna dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
KONSEP
Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.
RASIONAL
- Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor.
- Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupa dengan lebih optimis dan menyeronokkan.
![]() |
Khusyuknya pelajar Samer menonton tayangan daripada PRS |
![]() |
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum .
Tinggalkan komen anda disini .
Terima kasih daun keladi .