Wednesday, December 30, 2015

The List Of Requirements Hostel

Pendaftaran bagi pelajar asrama makin dekat. Entry kali ini, admin baik hati untuk kongsi dengan kalian senarai barang sepanjang berada di asrama. Ini adalah serba sedikit senarai barang untuk bawa ke asrama khususnya bagi pelajar tingkatan 1 sesi 2016:- 


      1. Barang Mandi
  • Shampoo
  • Conditioner
  • Sabun mandi
  • Sabun basuh
  • Berus gigi
  • Ubat gigi
  • Baldi-besar/kecik
  • Gayong
  • Selipar tandas     


Asrama Putera-Yusuf Al-Qardawi

    2. Barang Sekolah 

  • Baju sekolah 
  • Tudung sekolah
  • Kain sekolah 
  • Seluar skolah 
  • Baju melayu sekolah 
  • t-shirt berkaitan
  • Stationery 
  • Buku berkaitan
  • Kasut bertali 

Asrama Puteri-Zainab Al-Ghazali
                                   

     3. Barang Asrama

  • Baju kurung
  • Baju melayu
  • T-shirt
  • Tracksuit
  • Sandal 
  • kasut sukan 

Dewan Makan Asrama

     4. Keperluan Harian 

  • Air
  • Biskutz
  • Coklat
  • Roti
  • Ubat ubatan

Welcome back to school guys !

May u guys have a wonderful life in hostel ! 

**senarai barang di atas sesuai untuk keperluan muslimin dan muslimat. Bagi pelajar muslimat, kalian perlu bawa barang kewajipan tersendiri seperti keperluan wanita harian**

Perkara yang dilarang untuk bawa ke asrama seperti:- 

  • barang elektronik. Etc telefon dan sebagainya
  • tudung pendek-muslimat Etc:- tudung bawal, tudung sarung dan sebagainya
  • alat solek yang melampau. Hanya boleh bawa yang asas seperti bedak.

Sebagai maklumat tambahan, 

PENDAFTARAN ASRAMA TINGKATAN 5 TAHUN 2016:-

TARIKH    : 2 Januari 2016
MASA        : 3.00 pm-5.00 pm 
TEMPAT   : Dataran Dewan Makan Asrama
PAKAIAN : Baju Rasmi Asrama

PENDAFTARAN TINGKATAN LAIN TAHUN 2016:-

TARIKH     : 3 Januari 2016
MASA          : 9.00am-12.00pm
TEMPAT     : Dewan Besar Umar Abdul Aziz
PAKAIAN   : Baju Rasmi Asrama

**slip ibu bapa penjaga dan surat tawaran asrama perlulah dibawa sekali ketika pendaftaran. kalian diminta untuk hadir awal untuk mengelakkan beratur yang panjang**

ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG

Unit disiplin sekolah acapkali mendapat aduan tentang permasalahan pemakaian pelajar SAM Rawang. Mulai tahun hadapan, 2016 unit disiplin sekolah akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mendapati pelajar melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 


ETIKA PEMAKAIAN BAJU SEKOLAH

MUSLIMIN

-Baju kemeja lengan panjang dan berseluar Putih 

- Songkok berwarna Hitam
- Bertie sekolah (edisi baru) 

- Bertali pinggang Hitam
- Berstokin hitam
- Berkasut kanvas bertali berwarna Hitam
- Lencana sekolah.

MUSLIMAT 

- Berbaju kurung Putih
- Berkain hijau tua
- Bertudung labuh berwarna putih dan berlencana sekolah
- Berstongan putih
- Anak Tudung berwarna Putih
- Kekek Berwarna Putih (jika ada)

- Berstokin panjang dan berwarna hitam
- Berkasut kanvas bertali dan berwarna hitam.


ETIKA PEMAKAIAN BAJU SUKAN

MUSLIMIN 

- Berseluar tracksuit 

- Berbaju sukan sekolah berwarna ungu
- Berstokin hitam
- Berkasut sekolah/kasut sukan (warna gelap) 


MUSLIMAT 

- Berseluar tracksuit yg tdk brkancing di bawah
- Berbaju sukan srkolah berwarna ungu
- Bertudung putih labu berlencana sekolah
- Anak tudung berwarna Hitam - Berstongan hitam
 

- Berstokin panjang berwarna hitam

- Berkasut sekolah/kasut sukan (warna gelap)


SYARAT TUDUNG;

- bahagian hadapan haruslah di bawah dada sekurang-kurangnya melepasi pusat.
- bahagian siku haruslah melepasi siku
-bahagian belakang haruslah sekurang-kurangnya paras punggung


STOKIN;

- melebihi buku lali. *lagi panjang lebih baik

Barisan Pengawas Disiplin SAM Rawang 2015



**Entry pada kali ini khusunya bagi pelajar tingkatan 1 tahun 2016. Kerjasama daripada kalian amat kami perlukan. Bersama-sama dipimpin untuk memimpin**