Monday, February 8, 2016

Pelancaran Frog VLE Sam Rawang

Klik untuk login Frog VLE anda sekarang!
(Klik gambar untuk ke Laman Web Frog VLE)


Pada 1 Febuari 2016 yang lepas, telah diadakan Majlis Pelancaran Frog VLE(Virtual Learning Environment) di Dewan Besar Umar Abdul Aziz. Pelancaran tersebut dirasmikan oleh Pengetua SAM Rawang, Tuan Hj Muhammad Noor bin Ismail.

Beberapa guru dan murid telah dilantik pada tahun 2016 untuk menguruskan Frog VLE SAM Rawang. 

Admin-admin terdiri daripada pelajar tingkatan 4 iaitu;

Faris Syazwi - President VLE Fikri Hakimi - Vice President Anis Sabrina - Highest Admin Nell Yazmeen - Chief Admin Hilman - Vice Chief Admin Husaini Shafawi - Admin (Photographer) Sheikh Ammar - Admin (Graphic Editor) Haziq Ariffin - Admin (Program Management) Ihya' Hakim - Admin

Antara objektif penubuhan Frog VLE di SAM Rawang adalah:

-meluaskan liputan internet
-penjimatan masa dan tenaga
-meningkatkan keberhasilan proses pengajaran 
-proses pembelajaran yang fleksibel dan eksklusif
-diberi kemudahan satu kad ID
-ibu bapa boleh memantau kemajuan anak anda di mana sahaja

Sebanyak 20% warga sekolah perlu menggunakan penggunakan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seminggu.

Inisiatif penggunaan Frog VLE SAM Rawang:
-mengedarkan kad Yes ID kepada semua guru dan pelajar
-pengajaran dan pembelajaran berjadual bagi setiap panitia dengan peruntukan masa pada 6 waktu seminggu dengan 3 kelas berbeza 
-bagi guru-guru yang kekurangan kemahiran dalam bidang ini, khidmat bantu melalui Latihan dan Perkhidmatan (LADAP) akan disediakan.
-setelah guru-guru dan pelajar meningkatkan kemahiran, mereka boleh menyertai pertandingan 'SITE' bagi kategori pelajar, guru dan kelas teraktif.
-pihak ibu bapa juga boleh mendapat ID log masuk melalui sudut login ibu bapa yang akan dibuka dari semasa ke semasa.
-dengan adanya log ID, mereka boleh memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru melalui portal kerja rumah pada cuti sekolah.


Selain daripada itu, bagi mencipta suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih kondensif, BILIK ICT  juga akan dinaiktaraf dengan jaringan internet yang akan ditambah baik.

Diharapkan agar langkah-langkah ini berjaya dilaksanakan bermula tahun 2016. semoga usaha-usaha admin-admin Frog VLE SAM Rawang ini dapat memberikan implikasi yang besar untuk Sekolah Agama Menengah Rawang. Bersama-sama kita memartabatkan ICT di Sam Rawang.

Portal login untuk ibu bapa, guru dan pelajar disediakan.


~------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------~











Sunday, February 7, 2016

Merentas Desa Peringkat Daerah

Pada 21hb Januari 2016, SAM Rawang telah menghantar olahragawan ke SMK Bandar Tasik Puteri untuk mewakili dalam acara merentas desa peringkat daerah. SAM Rawang telah menghantar seramai 14 orang termasuk lelaki dan perempuan.











Peserta perempuan berlari sejauh 6 kilometer dan bagi peserta lelaki pula sejauh 8 kilometer. Acara larian mereka ini bermula dari kawasan SMK Bandar Tasik Puteri.  Tahun ini tiada siapa yg mendapat pingat.

Peserta lelaki dan nombor yang mereka perolehi terdiri daripada :

  1. Yusuf -86
  2. Hanif Hasnan-87
  3. Shafiq Ramli -37
  4. Amir Nazrin -21
  5. Muhd Afiq -33
  6. Aiman Haziem-104
Peserta perempuan pula bersama nombor yang mereka perolehi :

  1. Hamna-84
  2. Iylia -49
  3. Iffah Amirah -79
  4. Suaidah -82
  5. Wardah -22
  6. Afifah Sarbani -100
  7. Najwa Azhar-99
  8. Sharifah Sakinah-56 
Acara merentas desa peringkat daerah telah  tamat. Semangat juang yang ditunjukkan oleh para olahraga dalam acara merentas desa patut diberikan pujian kerana bukan semua antara kita yang mampu berlari sejauh itu.

Tahniah Semua !

NETBALLER

Pada hari Selasa, 2hb Febuari 2016 (menengah rendah) Rabu, 3hb Febuari 2016 (menengah atas) sekolah kita telah menghantar pasukan bola jaring. Pada tahun ini, SMK Taman Ehsan menjadi tuan rumah bagi acara sukan bola jaring bermula jam 8:30 pagi sehingga 2:00 petang.


Menengah Atas




Pemain-pemain Bola Jaring:
  1. Hamna Farahin
  2. Ayu Nadhirah
  3. Nurul Aliah
  4. Nurul Izzati
  5. Anis Qistina
  6. Syamimi
  7. Siti Fariha
  8. Najwa Nizam
  9. Anis Fitriyyah
  10. Iffah Amirah
SMK Taman Keramat, SMK Bandar Tasik Puteri, SMK Lembah Keramat, Kolej Vokesional Gombak menjadi pihak lawan bagi tahun 2016. Keputusan akhir 2 menang 2 kalah. 

Menengah Rendah


Pemain-pemain Bola Jaring:
  1. Eilya Syameera
  2. Nurain Athirah
  3. Nurul Farahanim'
  4. Nissa Zanuri
  5. Wardahtuljannah
  6. Aqilah Nafisah
  7. Iffah
  8. Ayunie
  9. Aisyah Amirah
  10. Izwanie

Keputusan akhir:- 
  • Samer VS SMK Seri Garing 0-3
  • Samer VS SMK Taman Desa 4-11
  • Samer VS SMK Darul Ehsan 4-4
  • Samer VS SMK Kepong 6-6
Sejulung-julung penghargaan buat Teacher Norazlin dan Ustazah Mustazzila bagi menjayakan pasukan bola jaring sekolah. Dan tidak lupa juga kepada jurulatih iaitu Puan Nur Haslinda, Cik Anum, Ika, Amin dan Cik Cun.



Bersama pemain bola jaring sekolah lain-menengah atas



Lawatan koperasi-penanda aras

Tempat     : SMK Gombak Setia
Tarikh      : 28/1/2016
Masa        : 8:30am-12:30pm
Kehadiran: 37 orang ahli koperasi SAM Rawang dan 3 orang guru pembimbing

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di SMK Gombak Setia:-

Sarapan bersama ahli koperasi SMK Gombak Setia

Mendengar taklimat mengenai koperasi SMK Gombak Setia
Mempelajari cara untuk mengendalikan Hari Koperasi Sekolah (HKS)
Kata-kata aluan dari pengerusi koperasi SAM Rawang, saudara Muhd Hadi
Pertukaran hadiah sebagai tanda kenang-kenangan
Melawat koperasi SMK Gombak Setia
Melawat cyber cafe SMK Gombak Setia milik SMK Gombak Setia
Melawat kedai GSmart milik koperasi SMK Gombak Setia
Melawat Galeri SMK Gombak Setia
Bergambar dihadapan koperasi SMK Gombak Setia
Bergambar bersama guru koperasi SMK Gombak Setia


Harapan : Semoga koperasi SAM Rawang dapat menjadi koperasi terbaik.


volleyballer

Pasukan bola tampar lelaki telah membawa berita gembira di mana mereka telah mendapat pingat gangsa dalam perlawanan bola tampar peringkat daerah. Perlawanan bertempat di SMK Taman Selayang pada 3,4 Febuari 2016 berpakaian baju khas bola tampar. Tidak sia-sia usaha mereka selama ini yang telah berlatih dari bulan November sehingga sebelum tarikh perlawanan. Untuk pengetahuan semua, pasukan bola tampar sekolah telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama Sepintar dan SMK Sg. Pusu.

Keputusan perlawanan :

  1. SMK Seri Gombak
  2. SMK Sg. Pusu
  3. SAM Rawang
Bersama guru pembimbing Puan Rokayah
Dari kiri atas: amir haiqal, thaqif, shaherin, haziq aiman, irfan, khairul ieman, aulia
Dari kanan bawah: aziz, haiqal, basyir, amsyar, darrel 

Tidak lupa juga buat jurulatih iaitu Encik Ishaq. Tahniah kami ucapkan buat kalian. Semoga tahun yang akan datang dapat  membawa pasukan bola tampar ke pingat emas insyaallah. 

Friendly Match; Bola Tampar

SAMER VS SEPINTAR


Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi, Samer masih mencipta nama dan masih garang seperti dahulu dalam era sukan bola tampar. 
Kemenangan berpihak pada tuan rumah iaitu, 4 berbalas 0.
Terima kasih kepada pemain-pemain yang berusaha keras berlatih dari akhir tahun 2015 sehingga sekarang dan tidak lupa juga kepada bekas pelajar samer yang telah mencurahkan pelbagai teknik buat kita. 


#################################################################################

SAMER VS SMK SG. PUSU

Bertempat di sg pusu pada waktu petang dalam lingkungan 3:00-3:30pm, Objektif perlawanan persahabatan antara SMK Sg. Pusu & Samer adalah untuk mempraktikkan apa yg telah diajar oleh jurulatih dan merapatkan hubungan silaturrahim. Perlawanan berpihak kepada SMK Sg. Pusu 31 berbalas 27.


-MAJULAH BOLA TAMPAR UNTUK SAMER-

Peserta-peserta bola tampar yang terlibat dalam friendly match 
  1. -amsyar
  2. -amir haiqal
  3. -basyer
  4. -haikal
  5. -haziq aiman
  6. -aziz
  7. -irfan
  8. -khairul
  9. -shaherin
  10. -wafi
  11. -amar haiqal
  12. -rashid
  13. -thaqif
  14. -darrel
  15. -paan
  16. -farhan kabir
#################################################################################
UKHUWAH 29 VS ACE 28

Pada 27 Januari 2016, bekas pelajar Samer yakni pelajar Tingkatan 5 2015 (Ace 28) menjadi pihak lawan untuk friendly match baru-baru ini. Untuk sedia maklum, pelajar Ace 28 mendapat tempat ke-3 bagi mssd 2015. Tujuan perlawanan ini untuk membaiki corak permainan dan untuk membiasakan diri dengan 31 mata. Keputusan akhir perlawanan Seri iaitu 2 set menang 2 set kalah.






Senarai nama Ace 28 yang terlibat dalam perlawanan bersahabatan sebagai penghargaan buat mereka:

1.azim
2.fariz
3.faiz
4.aimullah
5.nu'man
6.ikhwan
7.adnin
8.saiful
9.adam (orang luar)




program mentor mentee

Bismillahirrahmanirrahim, pada 25 Januari 2016 unit Pembimbing Rakan Sebaya telah melancarkan Program Mentor Mentee di Dewan Besar Umar Abdul Aziz, DBUAA.

PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanna dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. 

KONSEP

Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang.

RASIONAL

  • Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor.
  • Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupa dengan lebih optimis dan menyeronokkan. 
Khusyuknya pelajar Samer menonton tayangan daripada PRS