Sunday, January 24, 2016

OPSmart



Pada hari jumaat 15 Januari 2016, Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) telah mengadakan satu majlis untuk para pelajar iaitu OPSmart.

Majlis tersebut diadakan di Dataran Salman Al-Farisi. Semua guru dan pelajar adalah terlibat dalam majlis ini.Semua pelajar memakai pakaian rasmi sekolah.

Majlis tersebut diadakan adalah untuk melahirkan pelajar SAMER yang berpakaian kemas serta membentuk pelajar yang lebih berdisiplin.

Majlis ini adalah dibawah pengurusan Badan Kepimpinan Pengawas dan dibantu oleh Ketua Guru Disiplin, Ustaz Ridhwan.








Barisan Pengawas muslimat ketika acara ops smart sedang dijalankan

Tuan Pengetua ketika menandatangani perasmian Ops Smart

Guru-guru perempuan

Guru-guru lelaki



Watikah Perlantikan Badan Kepimpinan Pelajar



Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya merupakan nadi sekolah. Mereka merupakan murid-murid yang terpilih kerana akhlak dan keterampilan yang baik dan cemerlang. Secara am nya, mereka berperanan sebagai pembantu guru dan juga sebagai pemimpin dan contoh kepada pelajar-pelajar lain.

Justeru, Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER) telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan untuk mengiktiraf barisan kepimpinan pelajar. Majlis diadakan pada 21 Januari 2016, Jumaat bertempat di Dewan Besar Umar Abdul Aziz (DBUAA).

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin pada awal pagi, dan seterusnya dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis dan diikuti dengan slot pertama iaitu penyampaian watikah kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya yang disampaikan oleh Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Muhammad Noor bin Ismail, dan dipimpin oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Zubaikah binti Muda.

Slot seterusnya pula ialah penyampaian watikah perlantikan kepada Ahli-ahli Jawatan Kuasa Sekolah seperti Sahabat Sekolah, SPBT, Dewan, Plasma,Kantin,Koperasi Sekolah( Koop ) dan Badan Dakwah dan Rohani (BADAR ) Sekolah Agama Menengah Rawang.

Kemuncaknya, bacaan ikrar Badan Kepimpinan Pelajar yang diketuai oleh Ketua Umum Sekolah Agama Menengah Rawang, Shazani Azri bin Shaari. Tidak dilupa juga, bacaan ikrar yang melibatkan semua pelajar yang diketuai oleh Muhammad Hadi bin Hasnan.

Majlis berakhir dengan ucapan tuan pengetua, Tuan Hj Muhammad Noor bin Ismail. Dalam ucapnnya, beliau mengucapkan tahniah kepada badan kepimpinan pelajar dan menyatakan bahawa mereka perlulah saling bekerjasama dan menggunakan kelebihan diri mereka bagi menjayakan organisasi masing-masing.


Pengawas sekolah

Pembimbing Rakan Sebaya

Pengawas Pusat Sumber


Barisan Badan Kepimpinan Pengawas Sekolah Agama Menengah Rawang

Bacaan ikrar Badan Kepimpinan Pelajar (BKP)

Bacaan Ikrar semua pelajar

Ketua-ketua AJK Khas sekolah muslimat
Ketua-ketua AJK Khas sekolah muslimin


Saturday, January 23, 2016

Majlis Perpisahan Ustazah Noraini Jasman (Pihak Sekolah)



Pada hari Jumaat, 8 Januari 2016, Warga Sekolah Agama Menengah Rawang(SAMER) dikejutkan dengan berita perpindahan seorang guru SAMER iaitu Puan Noraini Binti Jasman. Jadi, Warga SAMER telah mengadakan sebuah majlis perpisahan kecil-kecilan buat Ustazah Noraini sebagai tanda penghargaan buat beliau sepanjang beliau berkhidmat di SAMER.

Majlis tersebut diadakan di Dewan Besar Umar Abdul Aziz (DBUAA). Semua guru, staff semua pelajar adalah terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Ketika beliau diminta untuk memberikan ucapan terakhir beliau, beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan melupakan segalanya di SAMER sepanjang 16 tahun beliau berkhidmat sebagai guru dan juga sebagai warden di  Asrama SAMER.

Majlis telah berlangsung dengan gilang-gemilangnya dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada wakil guru, dan beberapa unit sekolah seperti unit Pengawas Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya dan wakil dari beberapa buah kelas.

Harapan kami warga SAMER kepada Ustazah Noraini Jasman agar beliau dapat menjalankan tugas dengan baik di sekolah baru beliau.

sekian.
Detik-detik manis ustazah Noraini Jasman

Hadiah daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling dan wakil Pembimbing Rakan Sebaya SAMER

Cenderahati daripada Ustaz Riduan dan wakil Pengawas Sekolah 


Cenderahati daripada Ustaz Azman dan wakil Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) Sam Rawang


Bersama Puan Zubaikah binti Muda.. GPK HEM baru SAMER

Ustazah Noraini Jasman ketika memberi ucapan beliau..







Friday, January 22, 2016

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1

Sudah menjadi adat bagi Sekolah Agama Menengah Rawang(SAMER) untuk mengadakan Program Orientasi bagi pelajar-pelajar baru iaitu pelajar tingkatan 1. Pada tahun ini, Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 telah diadakan selama 6 hari iaitu daripada 4 Januari sehingga 9 Januari 2016.

Program ini adalah dibawah Pengurusan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Agama Menengah Rawang dan semua Pembimbing Rakan Sebaya disertai beberapa orang pelajar tingkatan 5 sebagai fasilitator.

Program ini diadakan bagi membolehkan pelajar-pelajar tingkatan 1 mengenali SAMER dengan lebih terperinci. Mereka dapat mengetahui selok belok dalam SAMER ini seperti dewan, blok A, blok B, kantin, bilik guru, makmal sains, padang dan sebagainya.

Selain itu mereka juga dapat merapatkan silaturrahim sesama mereka dan juga sesama tingkatan lain melalui pelbagai aktiviti seperti sesi bertaaruf, LDK (Latihan Dalam Kumpulan) , Ice Breaking, Treasure Hunt dan lain lain.


Pelajar Muslimat Tingkatan 1 ketika LDK di Dewan Besar Umar Abdul Aziz


Pelajar Tingkatan 1 Muslimin begitu bersemangat ketika aktiviti dijalankan


Masing-masing fokus mendengar arahan fasilitator..

Masing-masing gigih menyiapkan tugasan...

Orientasi bagi pelajar asrama pada sebelah malam di Surau Darul Muttaqin